Saturday 23 August 2014

Raja Berpelembagaan versus Demokrasi Berpalimen

Pengenalan Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Malaysia

            Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang bertugas selama 5 tahun dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

        Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa serta ada juga yang dijadikan sebagai kuasa bersama.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

         Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Sistem pentadbiran ini adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan Britain. Kuasa pemerintahan lebih banyak dipegang oleh cabang eksekutif berbanding perundangan. Pilihan raya umum pula perlu diadakan setiap lima tahun sekali bagi memilih pemerintah.

Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara). Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua:
1. 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah warganegara Malaysia, tidak kurang dari 30 tahun, waras fikiran, bukan seorang muflis dan tidak mempunyai rekod jenayah. Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kuasa politik di Malaysia amat penting bagi memperjuangkan sesuatu isu dan hak oleh yang demikian kuasa memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan perubahan.

Kelayakan menjadi ahli adalah warga negara Malaysia, tidak kurang dari 21 tahun, waras fikiran, bukan seorang muflis dan tidak mempunyai rekod jenayah. Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.
Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat. Walaupun Timbalan Menteri dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu. Berikut adalah senarai nama Menteri mengikut portfolio masing-masing:




Portfolio Menteri 
PERDANA MENTERI : DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

TIMBALAN PERDANA MENTERI : TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM 
(2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR 
(3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA 
(4) TAN SRI JOSEPH KURUP
(5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM
(6) NANCY BINTI SHUKRI
(7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN

TIMBALAN MENTERI:
1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM
2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY

MENTERI KEWANGAN:
1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN
2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH

MENTERI PERTAHANAN:
1) MENTERI: DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK ABDUL RAHIM BAKRI

MENTERI PENGAKUTAN:
1) MENTERI: DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK AB. AZIZ KAPRAW

MENTERI DALAN NEGERI:
1) MENTERI: DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR

MENTERI KERJA RAYA:
1) MENTERI: DATUK FADILLAH YUSOF
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
1) MENTERI: DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED
2) TIMBALAN MENTERI: HAMIM BIN SAMURI

MENTERI LUAR NEGERI:
1) MENTERI:DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGUNAAN:
1) MENTERI: DATUK HASAN BIN MALEK
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
1) MENTERI: DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK JAILANI BIN JOHARI

MENTERI SUMBER MANUSIA:
1) MENTERI: DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
1) MENTERI: DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
1) MENTERI DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
1) MENTERI: KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN

MENTERI KESIHATAN:
1) MENTERI: DATUK SERI SUBRAMANIAM
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK SERI HILMI BIN YAHAYA

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
1) MENTERI: DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
1) MENTERI: DATUK SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK NORLIAH BINTI KASNON

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
1) MENTERI: DATUK DR. MAXIMUS  JOHNITY ONGKILI
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK SERI MAHDZIQ BIN KHALID

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
1) MENTERI: DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAN:
1) MENTERI: DATUK SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL  AZIZ
2) TIMBALAN MENTERI: YB DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
1) MENTERI: DATUK DR. EWON EBIN
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
1) MENTERI: DATUK SERI G. PALANIVEL
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK DR. JAMES DAWOS MAMIT

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
1) MENTERI: DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM
2) TIMBALAN MENTERI: DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN





Sistem Dan Struktur Pentadbiran Negara
Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia telah terbentuk sejak zaman prasejarah. Pada masa kini, segala aspek pemerintahan dan pentadbiran negara ditentukan oleh masyarakat Melayu tanpa adanya pengaruh daripada luar. Struktur pentadbiran yang jelas dapat dilihat pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Kuasa pemerintahan pada masa ini dipegang oleh sultan yang mendapat khidmat nasihat dan bantuan daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Setelah kedatangan British, khususnya pada abad ke-19, berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem politik dan pentadbiran negara. Ini berlaku apabila British campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran negara.
 Menurut Montesqiue, dalam sesebuah negara, corak pemerintahan perlu diasingkan, iaitu pembahagian kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya dominasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Dalam konteks negara Malaysia pada hari ini, konsep pengasingan kuasa ini dapat dilihat dalam tiga bentuk pemerintahan utama iaitu:
1. Badan Eksekutif (Pentadbiran)
2. Badan Legislatif (Perundangan) 
3. Badan Judisiari (Kehakiman)





* Nota Peringatan ;
Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, Perdana Menteri ialah ketua kerajaan, manakala Ketua Negara (Raja, Ratu, Presiden, atau Gabernor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Malaysia =  Perdana Menteri ialah KETUA KERAJAAN, manakala KETUA NEGARA ialah Yang Di-Pertuan Agong.






Badan Pentadbiran Dan Kehakiman Negara
Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-

• Badan Perundangan.
Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

• Badan Pemerintah.
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;

• Badan Kehakiman
Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan [legislative], pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang dipraktikkan baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri yang diamalkan selama ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah mengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka.






KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
-Badan Perundangan
Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

-Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja-Raja Melayu.

Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.

-Dewan Negara
Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda “telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli”. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.

Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.





-Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).  

BADAN PEMERINTAH (EKSEKUTIF)
Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang.

Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri
Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:

a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan

b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:-

• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Badan Kehakiman
Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Badan Kehakiman
Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim
Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri -pemerintahan-malaysia-ydp-agong) 2. Badan Legislatif (Perundangan) 3. Badan Judisiari (Kehakiman) Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.


Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia
Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan unsur yang terpenting dalam sistem pemerintahan di negara kita. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengamalan sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri berhak menjalankan pentadbiran mengikut acuannya.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Sejarah:  Asal Usul Sistem Raja Berperlembagaan.

Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, Raja Charles I telah dihukum pancung dan Cromwell telah menjadi presiden di mana England telah menjadi republik buat seketika. Kerajaan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa, tetapi hanya memerintah selama setahun. Maka, tanpa pilihan lain, Raja Charles II diangkat ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.





 SISTEM KERAJAAN PERSEKUTUAN

Malaysia mengamalkan sistem kerajaan demokrasi berparlimen yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Negara kita merupakan sebuah persekutuan di mana kuasa pemerintahannya dibahagikan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. Kuasa Kerajaan Persekutuan lebih banyak daripada kuasa Kerajaan-kerajaan Negeri. Terdapat tiga peringkat pentadbiran iaitu persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.

Sistem Kerajaan Persekutuan merangkumi Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, tiga komponen kuasa pemerintahan ( perundangan , eksekutif dan kehakiman ), Ketua Audit Negara dan suruhanjaya-suruhanjaya. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara dan Raja Berperlembagaan. Baginda berada di kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Majlis Raja-Raja terdiri daripada raja-raja dari kesembilan buah negeri Melayu dan Yang Dipertua Negeri dari negeri Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Fungsi utama Majlis Raja-Raja tersebut ialah dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan dalam  membuat pertimbangan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar-dasar negara.


Ketua Audit Negara pula bertanggungjawab untuk mengaudit dan membentangkan dalam Dewan Rakyat berkenaan dengan laporan-laporan akaun Kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri serta badan-badan lain yang menguruskan wang awam.

Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Kabinet ( Jemaah Menteri) yang diketuai oleh Perdana Menteri atas nama Yang di-Pertuan Agong. Kabinet mengandungi menteri-menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan ia merupakan badan pembentukan dasar negara yang tertinggi. Tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran harian dilaksankan oleh kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan. Terdapat juga perbadanan-perbadanan awam yang umumnya melaksanakan rancangan pembangunan sosioekonomi negara.

Badan perundangan persekutuan atau Parlimen mempunyai tiga komponen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dari segi hierarki, mahkamah-mahkamah awam terdiri daripada Mahkmah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dua buah Mahkamah Tinggi Malaya iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak ; serta Mahkamah-mahkamah Rendah. Ketua Kehakiman ialah Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

Doktrin perasingan kuasa tidak diamalkan sepenuhnya di Malaysia. Umpamanya, Parlimen Malaysia sebagai badan perundangan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang . Namun demikian, Parlimen juga memberi kuasa kepada badan eksekutif (Kabinet atau pihak-pihak lain) untuk membuat undang-undang yang disebut sebagai perundangan perwakilan. Malahan menteri-menteri yang menjalankan kuasa eksekutif juga merupakan ahli Parlimen dan bertanggungjawab kepada institusi tersebut. Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa eksekutif juga merupakan salah satu komponen Parlimen.


 KONSEP RAJA BERPELEMBAGAAN
 Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak ( absolute monarchy ).
Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.
Sesetengah Raja Berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta, manakala yang lain adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.
Terdapat beberapa buah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan pada hari ini. Antaranya ialah Malaysia ( Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin), Monaco ( Putera Albert II), Jordan (Raja Abdullah), Nepal (Raja Gyanendra Bir Bikram Shah Dev), Maghribi (Raja Mohammed VI),  Kemboja (Raja Norodom Sihamoni) dan lain-lain.

       Yang Di-pertuan Agong
Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang raja berpelembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada baginda oleh Perlembagaan. Sebagai Ketua Negara Malaysia, Yang di-Pertuan Agong berada di kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai keutamaan yang melebhi semua orang di Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam mana perbicaraan mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong melakukan sesuatu kesalahan semasa meaksanakan tugas rasminya, pihak yang terkilan boleh mendakwa dengan menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan lambang kedaulatan dan perpaduan negara.




(YDPA Terkini)

 -Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu dari sembilan buah negeri Melayu yang mempunyai raja oleh Majlis Raja-Raja Melayu mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga, Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimanapun, Yang Dipertua Negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka adalah tidak berkelayakan membuat pemilihan ini.

Setiap raja boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, kecuali baginda belum cukup umur, atau sengaja tidak mahu dipilih, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit atas sebab-sebab kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh kerana sebab-sebab lain. Raja yang pertama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan daripada sekurangnya-kurangnya lima orang raja akan ditawarkan jawatan ini selama lima tahun melainkan baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Isteri Yang di-Pertuan Agong digelar Raja Permaisuri Agong dan mempunyai keutamaan selepas Yang di-Pertuan Agong.

- Kuasa Eksekutif
Kuasa eksekutif adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Namun demikian, baginda harus bertindak atas nasihat Kabinet atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Kabinet (biasanya Perdana Menteri).

Yang di-Pertuan Agong berhak mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan daripada Kabinet. Semasa Majlis Raja-Raja membincangkan perkara-perkara mengenai dasar negara, baginda diiringi oleh Perdana Menteri.

-Hubungan Dengan Parlimen
Yang di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga komponen Parlimen ( di samping Dewan Rayat dan Dewan Negara). Baginda boleh memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen. Yang di-Pertuan Agong boleh juga memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama. Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu mendapat persetujuan (kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 66) Yang di-Pertuan Agong sebelum dijadikan undang-undang.

-Hubungan Dengan Kehakiman
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim lain Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengampun segala kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera, segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Di samping itu juga, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengampunkan pesalah yang dikenakan hukuman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) .

-Tugas-tugas Lain
Yang di-Pertuan Agong merupakan Panglima Tertinggi Bersenjata dan Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak yang tidak mempunyai raja-raja Melayu dan negeri baginda sendiri. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

 -Kuasa Budi Bicara
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam tiga perkara berikut  iaitu ;

a)        melantik seorang Perdana Menteri
b)        tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen
c)        meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan,  kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja

       Perkara-perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Yang di-Pertuan Agong
Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Antara perkara-perkara tersebut ialah ;

a)        Tidak boleh dengan giatnya melibatkan diri dalam perniagaan
b)        Tidak boleh memegang jawatan bergaji
c)        Tidak boleh meninggalkan Malaysia selama tempoh yang melebihi lima belas hari kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu atau kerana membuat lawatan rasmi ke sebuah negara lain
d)       Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen dari negeri yang baginda menjadi raja
e)        Tidak boleh menjalankan tugas-tugas sebagai raja negerinya kecuali tugas-tugas sebagai Ketua Agama Islam, pindaan perlembagaan dan perlantikan Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja.

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian yang berkaitan dengan Raja Berperlembagaan di atas, sememangnya kita harus bersyukur dan berasa bertuah dengan sistem kerajaan atau sistem pemerintahan negara kita Malaysia amalkan. Kita sedia maklum bahawa negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan etnik yang berlainan, namun masih dapat hidup dengan aman dan tenteram serta bertolak ansur antara satu sama lain jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Selain itu, sistem pemerintahan negara Malaysia amalkan telah berjaya dan mampu menjamin kestabilan negara kita dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kestabilan ini juga telah mendorong kepercayaan terhadap pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara kita.Begitu juga dengan rakyat Malaysia yang masih menaruh kepercayaan terhadap sistem pemerintahan yang negara kita amalkan. Banyak kemajuan yang telah negara kita capai dari pelbagai aspek sehingga nama Malaysia dikenali di seluruh dunia semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Jikalau kita lihat pada hari ini, negara kita sedang pesat membangun dan bertambah maju selaras dengan Wawasan 2020 serta pada masa yang akan datang. Setiap warga Malaysia percaya bahawa kebijaksanaan dan ketelusan para pemimpim untuk mentadbir negara ini mampu mengurustadbir negara Malaysia dengan baik.




No comments:

Post a Comment